|
Ditulis oleh Admin
|
|
Jumaat, 03 Julai 2009 14:46 |
|
Malaysiakini, Kuala Lumpur, Jul 3 11:57am Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pendidikan Islam di Malaysia. Kongres itu, yang dijadualkan pada 11 Julai ini, bertujuan untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya. Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kongres sehari itu akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Ko-Spin, Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan berkata, pihaknya menyasarkan 300 peserta akan menyertai kongres sehari ini, termasuk NGO, parti politik, individu termasuk bukan Islam serta mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT). Siti Nurul Munawirah berkata, kongres pendidikan Islam ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia. Menurutnya, falsafah pendidikan negara harus disemak semula dan dan perlu lebih menekan kepada soal pembentukan sahsiah yang baik kepada rakyat. "Rentetan daripada masalah sosial yang berlaku, kes murtad, (disebabkan) fahaman terhadap agama semakin kurang. Jadi, bertitik tolak dari situ, selepas membuat perbincangan meja bulat, kita lihat (masalah itu) bertitik tolak daripada masalah pendidikan itu sendiri, bukan daripada hukuman. "Masalah budak-budak, kita nak rotan, kemudian bila nak murtad baru nak cegah dekat mahkamah. Jadi kita tengok sekarang, sistem pendidikan negara tidak menjurus kepada peranannya yang sebenar," katanya kepada Malaysiakini semalam.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Jumaat, 26 Jun 2009 09:38 |
|
MAHASISWAKINI, Kuala Lumpur 25 Jun 11:58 a.m?Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Dzul Khairi Mohd Noor dalam menjawab soalan media petang semalam berkenaan cabaran mantan aktivis NGO anak muda pimpinan beliau tersebut, Mior Isfandy Mior Azizan, beliau berpendirian agar dilupakan isu perdebatan tersebut dan menumpukan kepada isu konflik Selatan Thailand serta isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). “Saya harap isu perdebatan sesama kita dilupakan buat sementara. Pemfokusan kepada perjuangan Selatan Thai dan PPSMI adalah perlu. Saya dah minta agar jentera aktivis GAMIS turun ke medan masyarakat untuk memberikan penerangan berkaitan Selatan Thai. Kami tidak rela Selatan Thai jadi semacam Palestin,” ujar beliau. |
|
Baca Lagi...
|
|
Kampus
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Rabu, 24 Jun 2009 17:56 |
|
Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (MPPUIA) memandang positif perkembangan yang berlaku dalam dunia aktivisme mahasiswa hari ini. Cabaran Saudara Dzulkhairi, Pesiden GAMIS yang disambut oleh Saudara Mior Isfandy, Mantan aktvis GAMIS dilihat sebagai satu usaha murni dalam merintis metode politik matang mahasiswa.
Debat intelek terebut menjadi bukti betapa mahasiswa pada hari ini semakin dinamik dalam memberikan respon terhadap sesuatu kemelut politik nasional. Ia bakal menjadi pemangkin kepada pemartabatan nilai ilmu dan akademik dalam dunia aktivisme mahasiswa pasca PRU-12.
Justeru, MPP UIA dengan sukacitanya berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ dalam debat intelek antara 2 tokoh muda tersebut. MPP UIA bersedia untuk menjayakan hasrat kedua-dua anak muda ini untuk bertemu dan berdebat. |
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Rabu, 24 Jun 2009 10:18 |
|
Mantan Ketua Siasah GAMIS dan aktivis SMM, saudara Mior Isfandy Mior Azizan hari ini memfakskan kenyataan beliau kepada Gamis Daily menerima cabaran saudara Dzul Khairi untuk berdebat mengenai isu kerajaan perpaduan. Presiden GAMIS yang lantang memberikan kritikan kepada idea kerajaan perpaduan sebelum ini dijangka meletakkan premis kontra kerajaan perpaduan manakala saudara Mior Isfandy bekas aktivis politik GAMIS dijangka memberikan pandangan balas beliau dengan premis pro kerajaan perpaduan.
|
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Ahad, 21 Jun 2009 23:35 |
|
Mahasiswkini, Kuala Lumpur 19 Jun 06:55 a.m | Selepas menyifatkan tindakan Parti Islam Se Malaysia (Pas) sebagai ‘kuku besi’ dalam isu pengharaman NGO Sister In Islam (SIS), Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Dzul Khairi Mohd Noor menyatakan secara terbuka kesediaan beliau untuk berdebat dengan Nasharudin Mat Isa dan Dato’ Mustafa Ali, masing-masing ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti politik tersebut dalam isu Kerajaan Perpaduan. Dzul Khairi yang juga menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai aneh lagi beria-ia dalam isu kerajaan perpaduan menyatakan idea tokoh tersebut tidak sesuai pada masa sekarang. |
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Rabu, 17 Jun 2009 17:22 |
|
Lajnah Antarabangsa GAMIS melalui sekretariatnya di UIAM akan menghantar delegasinya ke Wilayah Narathiwat di Selatan Thailand bagi menyampaikan sumbangan dana dari mahasiswa kepada mangsa pembunuhan umat Islam di Masjid al-Furqan dalam tragedi berdarah 9 Jun lepas. Menurut wakil delegasi tersebut, saudara Faridzul Nasarudin dan Mohd Zaki Sukry, GAMIS sangat kesal dan mengutuk keras tindakan menembak secara kejam ke atas mereka yang sedang solat di masjid tersebut. Seluruh umat Islam mestilah bangkit untuk bertindak memelihara kesucian masjid dan keselamatan saudara seagama nya apatah lagi berdekatan dengan sempadan Malaysia.
|
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh Admin
|
|
Jumaat, 26 Jun 2009 09:59 |
|
Setiausaha Agong GAMIS, saudara Muhamad Syaari bin Ab Rahman dalam kenyataannya kepada Gamis Daily awal pagi ini memberikan pandangan balas kepada saudara Dzul Khairi Mohd Nor, Presiden GAMIS agar tetap menjayakan debat intelektual kerajaan perpaduan dan tidak memberikan sebarang alasan untuk tidak meneruskan. "Tidak wajar untuk saudara Presiden melakukan "turning point" mahasiswa kepada isu selatan Thai dan PPSMI dengan "mengorbankan" debat. Jika Timbalan Presiden PAS sendiri telah bersedia untuk berdebat, alasan inikah juga yang akan digunakan ? Ini peluang GAMIS merintis budaya baru kematangan berpolitik berdasarkan ilmu (k-politics) melalui debat intelektual seperti kerajaan perpaduan. Isu Palestin, selatan Thai dan PPSMI adalah isu ummah yang mesti diperjuangkan secara konsisten dan jangka panjang.
Jika Kongres Pendidikan dan Konsert GAMIS dijadikan alasan pula,saya bersetuju untuk ditangguhkan seketika, bukannya dibatalkan terus. Saya tidak sanggup GAMIS dituduh "budak nakal chipsmore" atau lebih buruk lagi dituduh "kuku besi" kerana menggunakan kuasa untuk mematikan hujah yang berbeza dari bekas aktivis politik GAMIS sendiri terhadap saudara Presiden. Saya akan tetap mengusahakan debat intelektual ini diteruskan sekiranya mendapat feedback yang positif dari akar umbi GAMIS. Debat mesti diteruskan walaupun sehingga ke peringkat dalaman GAMIS sahaja sekalipun tanpa publisiti media." |
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Jumaat, 26 Jun 2009 09:33 |
MAHASISWAKINI, Kuala Lumpur, 25 Jun 4:33 pm| Krisis yang terjadi di Selatan Thai mendapat perhatian daripada golongan mahasiswa dengan dua front utama iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bangkit mengemukakam beberapa tuntutan bagi mengembalikan keamanan di wilyah bergolak tersebut awal pagi tadi. |
|
Baca Lagi...
|
|
Kampus
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Rabu, 24 Jun 2009 17:08 |
 Suatu perkembangan yang baik bilamana semua pihak memberikan pandangan-pandangan konstruktif terhadap isu kerajaan perpaduan termasuk mahasiswa. Mungkin suatu kebangkitan bagi mahasiswa terhadap isu yang berlaku dalam Negara. Namun adakah kelas mahasiswa ini mampu memberi impak yang baik dalam mengharmonikan krisis dalaman yang berlaku dalam PAS.
Bukanlah mahu membantutkan perkembangan dan kebangkitan mahasiswa. Akan tetapi jika dilihat ia sangat-sangat membimbangkan kerana pandangan yang diberikan kadang- kadang kurang kena dengan keadaan. Sedarkah kita (mahasiswa) kerana kenakalan kita itu akan menambahburuk kepada situasi yang berlaku.
Isu kerajaan perpaduan telah selesai. Alhamdulillah…Namun masih ada sesuatu yang perlu kami (Pro-M UIAM) nyatakan di sini. MSO dalam blognya tertulis kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz: "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
|
|
Baca Lagi...
|
|
Tinta Aktivis
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Isnin, 22 Jun 2009 00:05 |
|
Oleh : Nurhaslin Binti Zaharudin. Mahasiswa IPTS perlu mencetuskan gelombang kebangkitan dengan membentuk satu kesatuan antara IPTS-IPTS di seluruh negara. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 500 IPTS di seluruh negara. Jika ahli gerakan Islam di setiap kampus-kampus ini bergabung di bawah sebuah kesatuan, pastinya ia bakal memberikan pencerahan kepada gerakan dakwah Islam itu sendiri.
Jika di IPTA lebarnya sayap yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), sebagai contoh PMI UM, PMI UPM dan juga PMI USM, jadi IPTS-IPTS juga perlu untuk membentuk satu kesatuan di bawah sebuah ‘jenama’ persatuan yang baru.
Pandangan saya secara peribadi, jika IPTS-IPTS ini dapat bergabung di bawah satu kesatuan yang namanya agak berbeza daripada PMI, maka ini akan mewujudkan dinamika dalam alam perjuangan anak muda yang bergelar mahasiswa. Saya amat berminat dengan nama Islamic Student Organisation (i-SO) yang mungkin boleh dijadikan platform kesatuan oleh mahasiswa IPTS. |
|
Baca Lagi...
|
|
Tinta Aktivis
|
|
Ditulis oleh Hafiza
|
|
Ahad, 21 Jun 2009 07:02 |
|
Oleh : Wan Saiful Wan Jan (Ketua Pengarah Malaysia Think Tank) Mungkin ada yang mahu menafikan wujudnya kumpulan-kumpulan yang berbeza dalam PAS. Tetapi itu adalah penipuan semata-mata. Hakikatnya, memang wujud fahaman yang pelbagai dalam PAS. Malahan, jika kita tinjau lebih lanjut, dalam PAS juga wujud kumpulan-kumpulan seperti mereka yang pernah atau masih bersama-sama dengan JIM, ABIM, tabligh, sufi dan sebagainya. Sebahagian daripada pemimpin dan ahli PAS melabelkan konsep kepelbagaian kumpulan dalam parti tersebut konsep ‘jamaah dalam jamaah’. Golongan konservatif dalam PAS amat tidak suka dengan konsep jamaah dalam jamaah ini. Bagi mereka jamaah dalam jamaah adalah salah, tidak Islamik dan merbahaya. |
|
Baca Lagi...
|
|
Dari Pimpinan
|
|
Ditulis oleh SU GAMIS
|
|
Rabu, 17 Jun 2009 14:53 |
Sumber (Kongres Pendidikan) : Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Rafidah Jannah Salleh ketika dihubungi menegaskan pendirian beliau yang bersetuju agar dilakukan penilaian semula peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pengajian Malaysia (SPM).
Beliau bersetuju sekiranya dipercepatkan proses peperiksaan tersebut dengan tujuan mempercepatkan proses kelahiran ilmuan di Malaysia. Beliau ketika dihubungi berkata,
”Saya mencadangkan agar UPSR diadakan ketika darjah lima dan SPM ketika tingkatan empat. Manakala PMR tidak lagi penting dan bagi saya, dimansuhkan sahaja.”
Namun Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), sedikit berbeza pandangan dengan Rafidah. Beliau bersetuju dengan pandangan agar sistem peperiksaan tidak dijadikan sebagai satu-satunya penilaian dengan menjadikan sistem pointer sebagai salah satu penilaiannya.
|
|
Baca Lagi...
|
|