Walaupun negara sudah menginjak ke usia emas dalam tempoh kemerdekaannya, namun prestasi negara dalam mengendali masalah rasuah tidak menemukan perkembangan yang positif. Selain menatijahkan akibat yang maha buruk terhadap diri seseorang individu, ia juga tidak kurang meninggalkan impak buruk yang besar terhadap masyarakat dan negara. Membenarkan ketidakadilan bermaharajalela, pencabulan hak menguasai dan jenayah semakin mendominasi adalah antara kesan yang bakal menggelapkan masa depan negara hasil buah tangan dari budaya rasuah.
Serangan ke atas Semenanjung Gaza oleh rejim laknatuLlah Zionis pada akhir-akhir ini menjadi semakin teruk dan membangkitkan semangat jihad umat Islam di seluruh dunia. Serangan bom telah dilakukan di beberapa tempat di Semenanjung Gaza tanpa belas kasihan. Menurut suatu sumber serangan yang bermula pada Sabtu 27 Disember 2008 hingga Isnin 29 Disember 2008 telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 400 kematian dan 2000 orang mengalami kecederaan termasuklah 7 orang kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun. Jumlah kematian ini adalah antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu.
Bangi : 2 JAN 08. Seramai 50 mahasiswa menyertai piket aman membantah kekejaman zionis di perkarangan masjid UKM tengahari tadi. Piket dimulakan sejurus selepas imam selesai membacakan doa selepas solat jumaat. Dimulai dengan ucapan wakil Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam saudara Azizan Anwar Ibrahim, beliau memulakan ucapan dengan menyatakan bahawa mahasiswa seluruhnya menyokong perjuangan rakyat palestin dan bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaaan. Beliau juga menyeru kepada mahasiswa agar memperbanyakkan doa serta solat hajat memohon agar rakyat palestin diberikan kekuatan untuk menentang kekejaman zionis.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengepalai Himpunan Raksasa Mahasiswa Membantah Kezaliman Israel ke atas Gaza, bersama front-front mahasiswa Islam dan bukan Islam serta parti-parti politik serta NGO pada hari Jumaat depan, 9 Jan 2009. Presiden GAMIS ketika dihubungi Gamis Daily mengesahkan bahawa satu memorandum bantahan dari seluruh Mahasiswa Islam akan dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya selepas solat Jumaat tersebut. Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan dan solidariti kepada GAMIS dalam membela nasib umat Islam di Gaza.
Laporan daripada : Mohd Nor Yahya (Harakahdaily)
KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 1,000 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya di kampus Nilam Puri mengadakan demontrasi aman di perkarangan Masjid Kampung Laut dekat sini petang tadi.

Mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bersama kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik serta front-front Mahasiswa Islam yang lain telah menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi. Apa yang lebih menarik adalah himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia. Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu hanya tinggal beberapa detik hari sahaja lagi. Debaran pihak – pihak yang bertanding semakin terasa. Barisan Nasional kelihatan sudah tampak begitu yakin dengan pencalonan Datuk Wan Ahmad Farid bagi mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 28 November lalu. Pakatan Rakyat member laluan khas kepada PAS untuk menamakan calon bagi DUN tersebut. Pelbagai teori dan polemik mulai timbul susulan terdapat begitu ramai nama calon kegemaran PAS di Kuala Terengganu.
Oleh: Nurul Hayati binti Abd. Latif
Mahasiswa yang neutral daripada sebarang politik kepartian mendesak kerajaan untuk menganjurkan debat terbuka ISA yang telah mengakibatkan ketegangan dalam masyarakat selama 48 tahun penubuhannya. Bersikap realistik dalam memberikan harapan baru kepada masyarakat, mahasiswa terus mendesak agar ISA dimansuhkan serta menyarankan agar undang-undang alternatif dapat digubal bagi menggantikannya. Mahasiswa kini tampil ke hadapan bagi menyekat idealisme dan ambisi hak mereka daripada terus tergugat selama akta zalim ini dikuatkuasakan dalam negara.
![[MB-ISA.gif]](http://4.bp.blogspot.com/_smqYkdSLv2E/SMYtGIRz6jI/AAAAAAAAAAM/fq70de825hI/S220/MB-ISA.gif)
Majlis Dakwah GAMIS melancarkan ekspedisi dakwah sempena sambutan tahun baru 2009.
Tarikh : 31 Disember (Rabu)
Masa Berkumpul : 9.30 malam (solat Isya)
Tempat Berkumpul : Jalan Raja Laut
Tempat Ekspedisi : Taman Tasik Titiwangsa
Pakaian : T-Shirt dan Seluar
Digalakkan membawa kenderaan sendiri. Kenderaan awam naik monorail bersebelahan KL Central, Chow Kit.
Semua kampus dijemput menyertai. Taklimat dan taujihat pimpinan akan disampaikan. Sebarang feedback boleh hubungi ketua Majlis Dakwah GAMIS, saudara Yusri Hafiz.

















Recent Comments