Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia memandang serius kegagalan universiti-universiti Malaysia mengembalikan persaingan dalam Liga Perdana 200 universiti terbaik dunia sebagaimana pernah dilakukan pada tahun 2006. Justeru, GAMIS menggesa kepada seluruh ahli Parlimen parti pemerintah membuat lawatan sambil belajar ke universiti nombor satu dunia iaitu Harvard di Amerika Syarikat atau mana-mana universiti terbaik dunia bagi mendedahkan lagi bagaimana halatuju, suasana pendidikan dan pembelajaran, serta kaedah pengurusan universiti berkenaan sehingga diiktiraf oleh Higher Edu¬cation-QS World Universiti Rankings 2008 sebagai antara yang terbaik dari 30,000 universiti terbaik seluruh dunia.

Read the rest of this entry »

Oleh: Aliff Bin Basri

Dakwah Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dakwah jamaiyyah dan dakwah fardiyyah. Kedua-dua jenis dakwah ini harus dilaksanakan oleh setiap ahli gerakan Islam kerana ia merupakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai individu muslim.

Jika di kampus, jemaah Islam sebagai medan untuk melaksanakan dakwah. Juga sebagai medan menerima tarbiyyah. Begitu juga di rumah, yang boleh menjadi medan dakwah dan juga sebagi medan tarbiyyah.

Read the rest of this entry »

on November 18th, 2008

Ahmad Ammar Bin Ishak,

Gamis UKM

Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu. Anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu. Anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh yang lebih dari kamu. Anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu.

Read the rest of this entry »

on November 7th, 2008

Oleh: Mohd Faisal Bin Mustaffa

Kaum lelaki sering mengeluh apabila berbincang soal wanita. Lazim kedengaran suara-suara kecil yang memperkecilkan wanita seperti wanita kuat merajuk, wanita kuat menangis, wanita itu dan ini. Rata-ratanya bercakap soal kelemahan kaum wanita.

Entah mengapa, seringkali dikaitkan wanita dengan sikap yang negatif. Seringkali saya fikirkan, sekiranya wanita itu kuat merajuk, ada juga lelaki yang kuat merajuk. Bahkan lebih teruk rajuknya dari wanita. Sekiranya wanita dituduh kuat menangis, tidak dinafikan lelaki juga ada yang kuat menangis.

Read the rest of this entry »

Tags:

Rabu, 28 Oktober, KUALA LUMPUR : Menyayatkan hati apabila dua kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di empat rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama pusat jagaan anak yatim dan fakir miskin di Sungai Penchala di sini, malam tadi. Seramai 20 orang sukarelawan dari skuad Dakwah dan Kemanusiaan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang diketuai saudara Yusri dan saudari Solehati berkesempatan menziarahi keluarga mangsa dan memberikan sumbangan wang ringgit dan 6 bungkusan pakaian untuk anak-anak yatim yang terselamat dari kebakaran malang demikian. Turut sama hadir sukarelawan mahasiswa Islam dari UM, UPM, UiTM dan UIAM Nilai.

Lihat laporan terperinci, gambar ziarah GAMIS dan video kejadian kebakaran.

Read the rest of this entry »

on October 27th, 2008

Isnin, 27 Oktober 2008, Kuala Lumpur : GAMIS melalui Setiausaha Agong, Muhamad Syaari Ab Rahman telah dijemput untuk merasmi sekaligus mengendalikan bengkel perbincangan halatuju persatuan mahasiswa Islam di himpunan 8 buah Institut Perguruan Malaysia. Dalam bengkel selama lebih 3 jam tersebut, Setiausaha Agong telah membengkelkan dengan lebih 30 orang peserta berkenaan tuntutan dakwah dan jamaah ketika berada dalam kampus IPG, peranan mahasiswa perguruan dalam soal pembinaan generasi yang ditarbiyah bermula dari sekolah, kepentingan golongan mahasiswa perguruan dalam menguasai bidang pendidikan, dan persiapan pasca graduasi mahasiswa IPG untuk menjadi policy maker serta problem solver kepada segala kritikan dan permasalahan yang wujud hasil sistem dan polisi Kementerian Pelajaran pada hari ini.

Read the rest of this entry »

21 Oktober, Gombak : MT GAMIS mengambil inisiatif menjemput blogger, intelek muda dan aktivis sosial, saudara Mohd Faisal (www.sosialiskanan.blogspot.com) untuk memahami krisis ekonomi global secara lebih jelas dan bagaimana Islam memberikan jawapan kepada krisis “The Great Depression” yang kian dirasai oelh seluruh penduduk dunia saat ini.

Read the rest of this entry »